Info & Promosi! Klik Link!

Sunday, December 2, 2012

Dan Akhirnya

Salam

Kalau dah jodoh takkan kemana, sinonim dengan perkahwinan. Ya pepatah itu juga boleh diguna pakai dlm bidang perniagaan, pada mereka yg pernah jalani bidang Forex, kemudian stop then sambung balik, kemudian lagi stop dan akhirnya kembali setelah lama menyepi.

Perkembangan?

Perkembangan terkini saya sedang menguji satu teknik terbaru yg saya belajar. Teknik yg sy belajar bukanlah pula teknik yg baru dijumpai, malah dikatakan teknik ini adalah teknik tradisional sejak berpuluh tahun lama.. Jadinya teknik ini adalah tanpa indicator merapu, tanpa EA mengarut dan tanpa signal-signal yg selalu false. Yup teknik ini bersandarkan pada price action, dan  Fibo sahaja. Sepanjang proses backtest yg telah dilakukan, sebanyak hampir 50 post saya telah buka dari pelbagai pair sejak dari bulan julai 2012 dan daripada jumlah itu hanya 10 post sahaja yg rugi. Tahu tak berapa jumlah kerugian saya dalam pip? Hanya 500 pip sahaja. Jadi berapa pula jumlah  keuntungan saya dalam pip? 4000pip! Sebab TP lebih besar dari SL! Serius benar. Dengan siapa saya belajar? Dengan orang kita juga!

Status?

Ya, saya boleh beranggapan saya seorang FT Trader, saya sudah lama berhenti kerja makan gaji. Saya memang tumpukan pada Forex dan produk kewangan yg lain seperti Pinjaman Peribadi, Saham, Takaful, Emas dan hartanah. Dalam kesemua produk diatas, hanya Forex sahaja yg tidak perlukan servis . Cukup dengan Ilmu, Modal dan masa yg sesuai untuk masuk post! Tunggu sahaja berapa profit dan withdraw!  Forex bukan untuk semua, forex ini adalah cabang kecil sahaja dari banyak rezeki yg bertebaran. Tidak memilih Forex sbg sumber kewangan boleh juga sebagai pilhan bijak, jika anda berminat berurusan sesama manusia sebab mengekalkan ikatan silaturrahim adalah satu asas punca rezeki. Kebolehan dlm trade forex bukan dilahirkan tetapi dicipta dengan rasa sabar dan yakin. Mula dengan kecil-kecil dan jangan hendak terus cepat kaya! Merangkak dulu sebelum lari laju-laju dan ingat kalau jatuh semasa lari laju-laju dah tentu sakitnya lebih!

Sekian dulu nukilan utk setakat ini, selepas ini saya akan cuba update SS trading saya diblog. Mungkin ada masa saya boleh jelaskan bagaimana saya open PO dan saya akan letak SS sama ada hit TP or SL. Setakat ini, saya trade sorang-sorang, loss profit sorang-sorang dan blog ini pun saya tulis sebab salah satu Forex Trading Jurnal ( FTJ ) saya. DAN setakat saya menulis di blog ini masih ada yg terjebak dengan Pelaburan Internet  Cepat Kaya! Hmmmm masih tak bertaubat ke??

Dan Akhirnya... saya kembali dalam industri ini

Sekian
Jaga diri, dan TAYOR
Yazry Yahya

No comments:

Promosi Untuk Anda Dibawah Ini