Info & Promosi! Klik Link!

Monday, June 24, 2013

Profit 300%?

 Itulah topik penulisan saya kali ini sejak terakhir nukilan saya pada 26 Disember 2012. ( Kononnya kiamat berlaku pada Disember 2012 puuiiiiii ). Wujudkah 'Forex Trader' yang mampu mencapai profit sehingga 300% sebulan?  Kalau ada memang habis hebatlah kan. Rasa dunia macam mereka punya.

Bagaimana dengan % kita dapat sebulan? Jika 50% sebulan sudah bersyukur jugalah. Jika kita deposit USD1,000.00 maka profit kita peroleh adalah USD50.00 sebulan bersamaan hampir RM150.00+-.Inikan pula sehingga beratus peratus sebulan.  Syarikat pelaburan Warren Buffet Berkshire Hathaway yang terbaik itupun mencatat keuntungan hampir 40% sahaja SETAHUN. Itu pun sudah menjadikan En. WB menjadi En Billionaire. Tapi dia Stock Trader bukan Forex Trader.

  Pandangan peribadi saya, jika trader mampu 'grab 300% profit margin' hanya kerana nasib, saiz lot besar kepada TP kecil tanpa stop loss, atau apa-apa cara tanpa berkira-kira dahulu untung-rugi, maka trading itu hanya bergantung pada nasib semata-mata. Itupun sudah seperti berjudi. Lebih baiklah jika price hit TP kerana penilaian kita mencakupi TA dan sedikit FA biarpun peratus keuntungan 30% sahaja sudah memadai dalam sebulan. Bukan apa, takut-takut nanti jika profit 300% sebulan setiap bulan ( sebelum MC ) nanti mula lah anggap Forex Trading ini pula pemberi rezeki. Faham-faham maksud saya. Biar kecil asalkan berhasil.

T.A.Y.O.R
2013 hampir separuh jalan.

Promosi Untuk Anda Dibawah Ini